Saturday, 18 February 2012

Abu Bakar as-Siddiq ( Rasulullah Greatest Companion )

On a lovely weekend, I have decided to read a book that I've bought using voucher past few weeks.  The title of the book is "Khalifah-Khalifah Yang Benar". This the islamic history novel by Abdul Latip Talib which is the Number 1 Malaysian history novel author. This is just a concise history of life of Abu Bakar as-Siddiq that i can share with, hope this is useful for our knowledge. This book worth to buy, seriously.


Nama sebenar Abu Bakar as-Siddiq ialah Abdul Kaabah kerana kedua ibu bapanya berdoa di depan kaabah jika dikurniakan cahaya mata lelaki akan dinamakan Abdul Kaabah yang bermaksud “Hamba kaabah” dan nama tersebut telah ditukar oleh Rasulullah kepada Abdullah selepas Abu Bakar menganut agama Islam yang bermaksud “Hamba Allah”. Beliau di lahirkan di Masfalah, Mekah pada tahun 570 Masihi dan merupakan lelaki pertama memeluk Islam.

Abu Bakar juga merupakan sahabat Rasulullah semenjak kecil dan mereka berdua tidak pernah minum arak, berjudi, melakukan zina walaupun sebelum menganut agama islam.  Selain mereka ada tiga lagi orang yang tidak pernah menyembah berhala dan mereka adalah Qas bin Saidah al-Yadi, Zaid bin Amir bin Nufail dan Waraqah bin Nufail.  Beliau berpendirian “Saya tidak meminum arak demi menjaga kehormatan diri dan maruah saya. Sesungguhnya sesiapa yang meminum arak itu hanya merosakkan diri dan nama baiknya." Selain menjadi sahabat baik Rasulullah saw., Abu Bakar juga merupakan bapa mertua kepada Rasulullah saw. yang berkahwin dgn anaknya iaitu Sayyditina Aisyah.  Susur galur keluarganya iaitu Abu Bakar bin Abu Qahafah bin Amir bin Kaab bin Taim bin Murrah bin Kaab bin Luai bin Ghalib bin Fihir al-Tamimi. 

Abu Bakar terdiri daripada golongan Bani Tamim yang terkenal kerana mempunyai ramai pahlawan yang handal.  Beliau diberi gelaran As-siddiq kerana membenarkan kata-kata Rasulullah.  Beliau juga adalah antara orang yang berhijrah dengan Rasulullah selain Abdullah bin Uraiqit sebagai penunjuk jalan.  Beliau seorang yang bersuara lembut, telah dipilih menjadi imam menggantikan Rasulullah saw. semasa baginda sakit dan dipilih menjadi khalifah pertama setelah Rasulullah saw. wafat. Beliau wafat pada 21 Jamadil Akhir 13 Hijrah bersamaan 23 Agos 634 Hijrah akibat demam. 

Walaupun Abu Bakar as-Siddiq memerintah selama 2 tahun 3 bulan dan 10 hari beliau telahpun berjaya menundukkan mereka yang murtad, enggan membayar zakat dan yang mengaku menjadi nabi ketika itu.  Jasa beliau yang utama ialah  mengumpulkan semula ayat-ayat Al-Quran ini kerana beliau khuatir akan ramai umat-umat islam yang menghafal ayat-ayat suci Al-Quran terbunuh maka dengan itu beliau menyuruh Umar-Al Khattab mengumpulkan semua ayat-ayat suci Al-Quran dan itulah kitab suci Al-Quran yang ada pada hari ini. Beliau memilih untuk hidup berserdehana walaupun berada di tampuk pimpinan.  Tugas beliau sebagai khalifah yang pertama dibantu oleh Umar Al-Khattab sebagai Pembantu Abu Bakar, Zaid bin Thabit sebagai Jurutulis, Abu Ubaidah sebagai Penjaga Baitumal, Usman Affan sebagai Setiausaha dan Usamah bin Zaid sebagai Panglima Perang.

Sehari selepas dilantik menjadi khalifah beliau naik ke atas mimbar selepas solat subuh dan berkata “Wahai saudara-saudara sekalian. Sesungguhnya saya sudah dilantik menjadi pemimpin kamu, walaupun saya tidak meminta jawatan itu. Demi Allah saya lebih gembira sekiranya orang lain yang dilantik memikul tanggungjawab ini kerana saya bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Oleh itu sekiranya saya melakukan kebaikan maka bantulah dan berilah kerjasama pada saya. Tetapi sekiranya saya melakukan keburukan maka perbetullah saya. Ketahuilah yang kebenaran itu suatu amanah dan pembohongan itu suatu pengkhianatan. Orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisiku kerana saya akan membelanya. Orang yang kuat di sisi kamu adalah orang yang lemah di sisi saya kerana saya akan mengambil hak daripadanya.”

Sejurus selepas Baginda Rasulullah wafat timbul kekecohan diantara umat umat Rasulullah, bagi menenangkan keaadan yang keruh itu Saidina Abu Bakar bangkit dan berkata : “Wahai kaum muslimin, barang siapa yang menyembah Muhammad, sekarang Muhammad telah wafat. Barang siapa menyembah Allah s.w.t, maka Allah hidup dan tidak mati.” Abu Bakar kemudian menyambung dengan  membaca firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Muhammad itu hanyalah seorang rasul. Sudah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul.  Apakah sekiranya dia wafat atau terbunuh maka kamu berpatah balik ke belakang? Barang siapa yang berbalik ke belakang maka tidak mendatangkan apa-apa kerugian kepada Allah s.w.t sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur.” (Surah Ali-Imran 3: 144)

Rasulullah pernah bersabda dengan membacakan hadis yang bermaksud : “Semasa saya menyeru orang menganut Islam, mereka berfikir panjang terlebih dahulu berkenaan seruan itu, tetapi pada saat saya kemukakan Islam kepadanya (Abu Bakar), terus diterimanya.

Rasulullah saw. bersabda: “Orang yang paling pemurah hati dalam persahabatan dengan saya ialah Abu Bakar. Sekiranya saya hendak memilih teman kesayangan maka Abu Bakar menjadi pilihan saya. Akan tetapi persaudaraan sejati adalah persaudaraan dalam Islam. Persahabatan sejati adalah persahabatan dalam iman hingga Allah pertemukan kita di hadapan-Nya.”


Rasulullah saw. bersabda: “Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh umat manusia, maka lebih berat keimanan Abu bakar."

Assalamualaikum, massalamah - MT

No comments:

Post a Comment