Assalamualaikum, terdapat banyak hadis hadis yang telah diriwayatkan dalam kitab kitab terdahulu yang menyatakan akan keperibadian Rasulullah S.A.W. Antaranya ialah karya Imam al-Tarmizi iaitu "Syamail Muhammad saw". Terdapat banyak hadis yang telah dinyatakan tentang Al-amin Rasulullah saw berkenaan fizikal, tanda kenabian, cincin, bercelak dan sebagainya. You think you knew Rasulullah so well ? Here is the chance to get in love with our Prophet Muhammad peace be upon him. Have fun reading. Jazzakallah.
Fizikal
Seperti yang telah diriwayatkan oleh Anas Ibnu Malik r.a : "Postur tubuh Rasulullah saw tidak terlalu tinggi dan tidak pendek. Kulit beliau tidak terlalu putih dan terlalu gelap. Rambut beliau tidak terlalu kerinting dan tidak terlalu lurus. Allah S.W.T mengutus beliau sebagai rasul ketika beliau memasuki usia yang keempat puluh. Beliau tinggal di Mekah selama sepuluh tahun. dan di Madinah selama sepuluh tahun. Beliau wafat ketika dalam usianya yang keenam puluh, sementara uban di rambut dan janggut beliau tidak sampai dua puluh helai." (Riwayat Tirdmizi, Bukhari, Muslim, Malik dan Ahmad)
Ibnu Abbas r.a meriwayatkan: "Gigi depan Rasulullah saw tampak renggang, ketika berbicara di antara gigi depan beliau itu seperti keluar cahaya." (Riwayat Tirmidzi, Bagawi, Darimi, Baihaqi dan Thabrani)
Tanda Kenabian
Abu Zaid Amru bin Al-Akhtab Al-Anshari r.a berkata kepada Ilba' bin Ahmar: "Rasulullah saw pernah berkata kepada saya. 'Wahai Abu Zaid! Dekatlah dan usaplah belakangku!' Maka saya pun mengusap belakang beliau, seketika jari-jemari saya menyentuh tanda (kenabian). 'Ilba bertanya " seperti apa tanda kenabian itu ? 'Abu Zaid menjawab, "Gumpalan rambut". (Riwayat Tirmidzi dan Ahmad)
Jabir bin Samurah r.a meriwayatkan: "Saya melihat tanda kenabian di antara kedua pundak Rasulullah saw iaitu daging yang berwarna merah sebesar telur burung merpati." (Riwayat Tirmidzi, Muslim dan Ahmad)
Penampilan
Anas Ibnu Malik meriwayatkan: "Rasulullah saw suka memperbanyak minyak rambut, merapikan janggut serta sering mengenakan penutup kepala hingga pakaian beliau menyerupai pakaian penjual minyak." (Riwayat Tirmidzi dan Baihaqi)
Aiysah juga meriwayatkan: "Rasulullah saw suka mendahulukan anggota tubuh yang kanan ketika bersuci, menyisir rambut, dan ketika mengenakan sandal." (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Nasa'i, Ibnu Majah, dan Ahmad)
Pakaian
Ummu Salamah meriwayatkan: "Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah pakaian gamis." (Riwayat Tirmidzi dan Abu Dawud)
Asma' binti Yazid meriwayatkan: "(Panjang) lengan baju Rasulullah saw hingga pergelangan tangan." (Riwayat Tirmidzi, Nasa'i dan Abu Dawud)
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Hendaklah kalian mengenakan pakaian bewarna putih; Orang-orang yang masih hidup dia antara kalian, hendaklah mengenakan pakaian yang berwarna putih dan orang-orang yang telah meninggal dunia, hendaklah dikafani dengan kain yang berwarna putih. Sungguh, pakaian berwarna putih itu merupakan bagian pakaian yang paling baik bagi kalian." (Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)
Rambut
Ummu Hani' binti Abu Thalib meriwayatkan: "(Pada saat fat-hu Mekah 'penaklukan kota Mekah'), Rasulullah saw. memasuki kota Mekah dengan rambut yang diikat menjadi empat bahagian." (Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)
Sandal
Abu Hurairah r.a meriwayatkan: "Sandal Rasulullah saw. menggunakan dua qibal." (Riwayat Tirmidzi dan Thabrani)
* Qibal adalah sejenis pelana sandal, yaitu depan sandal berupa tali yang diletakkan di antara dua jari kaki.
Isa bin Thahman meriwayatkan: "Suatu ketika, Anas bin Malik memperlihatkan sepasang sandal yang gundul tak berbulu dan menggunakan dua qibal kepada kami. Kemudian Tsabit memberitahukan kepada saya bahawa menurut Anas kedua sandal itu adalah milik Rasulullah saw." (Riwayat Tirmidzi dan Bukhari)
Baju Besi Rasulullah
We celebrating Maulud every year and yet we said we knew Rasulullah so well, don't you think so ?
Ummu Hani' binti Abu Thalib meriwayatkan: "(Pada saat fat-hu Mekah 'penaklukan kota Mekah'), Rasulullah saw. memasuki kota Mekah dengan rambut yang diikat menjadi empat bahagian." (Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)
Sandal
Abu Hurairah r.a meriwayatkan: "Sandal Rasulullah saw. menggunakan dua qibal." (Riwayat Tirmidzi dan Thabrani)
* Qibal adalah sejenis pelana sandal, yaitu depan sandal berupa tali yang diletakkan di antara dua jari kaki.
Isa bin Thahman meriwayatkan: "Suatu ketika, Anas bin Malik memperlihatkan sepasang sandal yang gundul tak berbulu dan menggunakan dua qibal kepada kami. Kemudian Tsabit memberitahukan kepada saya bahawa menurut Anas kedua sandal itu adalah milik Rasulullah saw." (Riwayat Tirmidzi dan Bukhari)
Baju Besi Rasulullah
Zubair bin Awwam r.a meriwayatkan: “Pada Perang Uhud,
Rasulullah saw. mengenakan dua baju besi.
Beliau mencuba naik ke atas sebuah batu besar. Tetapi, beliau tidak
mampu melakukannya. Maka, Rasulullah menundukkan Thalhah lalu menaiki tubuhnya sehingga
beliau berhasil naik ke batu. Saya mendengar Rasulullah saw. Berkata, “Thalhah
berhak mendapatkan pahala dan syurga.” (Riwayat Tirmidzi, Hakim, Baihaqi, dan
Ibnu Hibban)
Saib bin Yazid r.a meriwayatkan: “Pada perang Uhud,
Rasulullah saw. mengenakan dua rangkap baju besi.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud,
Ibnu Majah dan Ahmad)
Serban Rasulullah
Ibnu Abbas r.a meriwayatkan: “Sungguh, Rasulullah saw.
pernah berkhutbah di hadapan orang-orang dengan mengenakan serban hitam di
kepala beliau.” (Riwayat Tirmidzi dan Ahmad)
Ibnu Umar r.a meriwayatkan: “Ketika Rasulullah saw.
mengenakan serban, beliau menjulurkan serban itu di antara kedua pundak(bahu)
beliau.” (Riwayat Tirmidzi dan Abu Syaikh)
Sarung Rasulullah
“Utsman bin Affan biasa mengangkat sarungnya hingga setengah
betisnya. Ia berkata, “Seperti inilah sahabat karibku, iaitu Rasulullah saw.
mengenakan sarung.’” (Riwayat Tirmidzi dan Abu Syaikh)
Hudzaifah bin al-Yaman meriwayatkan: “Rasulullah saw
memegang urat betisku, atau betis beliau, lalu berkata, ‘Inilah batas engkau
mengenakan sarungmu. Jika engkau enggan (mengenakan sarung sebatas betis), maka
janganlah sarung itu sampai menutupi kedua mata kakimu!’” (Riwayat Tirmidzi,
Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)
Cara Rasulullah Berjalan
Abu Hurairah r.a meriwayatkan: “Saya tidak pernah melihat
apa pun yang lebih indah dari Rasulullah saw., seolah-olah matahari beredar di
wajah beliau. Saya juga tidak pernah melihat seseorang yang jalannya lebih
cepat daripada Rasulullah saw., seolah-olah bumi dilipat untuk beliau. Sungguh
kami harus memaksa diri (untuk berjalan seperti itu) dan beliau tidak peduli
(terhadap rasa lelah kami).” (Riwayat Tirmidzi, Ahmad, Abu Syaikh dan Ibnu
Sa’d)
Ali bin Abi Thalib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah saw.
berjalan, tubuh beliau tegap, seperti sedang menuruni tanah yang landai.”
(Riwayat Tirmidzi dan Hakim)
Cara Rasulullah Duduk
Abu Sa’id al-Khudri r.a meriwayatkan: “Di dalam masjid,
Rasulullah saw. duduk memeluk lutut dengan punggung-kakinya diikat baju.”
(Riwayat Tirmidzi, Baihaqi dan Ibnu Adi)
Cara Rasulullah Bersandar
Jabir bin Samurah r.a meriwayatkan: “Aku melihat Rasulullah
saw. bersandar ke bantal di sisi kiri tubuh beliau.” (Riwayat Tirmidzi, Ahmad
dan Abu Daud)
Abu Juhaifah meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. bersabda:
“Aku tidak makan sambil bersandar, aku tidak makan sambil bersandar.” (Riwayat
Tirmidzi, Bukhari, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad dan Baihaqi)
Cara Rasulullah Makan
Ka’b bin Malik r.a meriwayatkan: “Usai makan, Nabi saw.
menjilati jari-jari beliau sebanyak tiga kali.”
(Riwayat Tirmidzi)
Anas bin Malik r.a meriwayatkan: “Rasulullah saw. pernah
disuguhi kurma. Saya melihat beliau makan sambil duduk dengan betis ditegakkan
kerana lapar.” (Riwayat Tirmidzi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)
Ibadah Rasulullah
Abu Hurairah r.a meriwayatkan: “Rasulullah saw melaksanakan
solat hingga kedua kakinya bengkak. Beliau ditanya, ‘Mengapa engkau melakukan
hal ini, padahal engkau mengetahui bahawa Allah swt telah mengampuni semua
dosamu yang telah berlaku dan yang akan datang?’ Beliau menjawab. ‘Tidakkah aku
menjadi hamba yang banyak bersyukur?” (Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Khuzaimah)
Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan: “Aku pernah solat
malam bersama Rasulullah saw. Beliau berdiri cukup lama hingga niat buruk
timbul dalam hatiku.’ Abdullah bin Mas’ud ditanya, ‘Keburukan apa yang engkau
niatkan?’ Ia menjawab, ‘Aku ingin duduk dan meninggalkan Rasulullah saw.’”
(Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad)
Cincin Rasulullah
Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah saw. membuat cincin dari
perak. Ketika beliau mengenakannya, beliau selalu menghadapkan mata cincin itu
ke telapak tangannya. Cincin itu bertuliskan ‘Muhammad Rasulullah’ (dalam
bahasa arab). Beliau tidak izinkan
sesiapa menambahkan tulisan di cincin tersebut. Cincin itulah yang jatuh ke
Sumur Aris.” (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu
Majah)
Anas bin Malik meriwayatakan: “Rasulullah saw. mengenakan
cincin di jari tangan kanan beliau.” (Riwayat Tirmidzi, Nasa’i dan Abu Syaikh)
Sifat Malu
Abu Sa’id al-Khudri r.a meriwayatkan: “Sungguh Rasulullah
saw. lebih pemalu daripada seorang gadis yang berada di tempat pingintannya.
Jika beliau tidak senang kerana sesuatu, maka kami bisa mengetahuinya dari raut
wajah beliau.” (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Ahmad, Abu Daud
dan Ibnu Sa’d)
We celebrating Maulud every year and yet we said we knew Rasulullah so well, don't you think so ?
InsyaAllah to be continue. Massalamah - MT
No comments:
Post a Comment